Mohd Khalil

Khalil Sahabat, Kesayangan
Mohd Singakatan ejaan untuk Muhammad

http://www.e.jariah.net/khalilaz

Beri Sekali terima banyak kali dengan E-Jariah.Net!!Klik disini untuk memulakannya!!

Saturday, January 22, 2011

Satu Tahun

Assalamualaikum,

Fuhh..sudah lama tidak menjenguk blog aku nie...malas betul nak menulis..hehehe...tapi akan ku gagahi juga utk menulis sedikit coretan buat tatapan diriku sendiri...hehehe...

Pada 4 Januari 2011 yang lalu, genaplah satu tahun aku bergelar guru. Pelbagai perkara yg telah aku lalui walaupun masih setahun jagung dalam bidang ini. Sepanjang setahun ini juga belum ada terlintas di hati untuk mengatakan tidak kepada bidang perguruan ini. Sememangnya takdir tuhan telah meletakkan aku sebagai seorang guru. Bertemankan karenah murid-murid yg aku lalui setiap hari telah mengukuhkan lagi pemahaman aku tentang tingkah laku kanak-kanak sepertimana yang telah aku belajar secara teori semasa di universiti. Memang itulah tingkah laku mereka yg secara semulajadi dilahirkan begitu dan begitulah sehingga keadaan dan masa yg mengubah diri mereka.

Guru hanya mampu membimbing mereka di sekolah, selebihnya terserah kepada faktor persekitran di rumah dan masyarakat sekeliling. Jika baik institusi keluarga, maka baiklah juga anak-anak yg dilahirkan, Jika institusi masyarakat berperanan dengan baik, maka baiklah juga masyarakat yg dilahirkan.

Emmm..stop dulu lah..esok plak sambung...hehehhe...Wassalam